Inilah aku......
"Hai semua...di luar sana..inilah aku,yang saban hari mencoba menafsir segala yang terjadi di sekelilingku...betapa dunia semakin hari semakin kalut saja....namun aku masih tetap mengerti bahawa itu semua adalah perjalanan dunia yang semakin tua...kita kan sudah di akhir zaman....pesanku dari sahabat kepada sahabat...kutiplah segala rahsia dari setiap taman-taman yang kau lewati sepanjang perjalanan ini...Pasangkan lampu suluhmu sepanjang jalan yang gelap dan pekat ini....."
Di manakah syurga kita....
Alangkah indahnya hidup ini,andainya apa yang kita inginkan semuanya boleh tercapai..namun itulah ketentuan Yang Maha Kuasa..bahawa kita harus menjalani semua dugaan dari takdir masing-masing..Betapa indahnya kalau kita masih sahaja berada di Syurga...Berterbangan menjelajah seluruh pelusuk syurga yang tidak bertepi...Bukankah kita semua berasal dari sana...Hanya kerana kesilapan itu....maka kita semua terbuang ke dunia fana ini..Ohh Adam dan Hawa ..lihatlah anak cucumu....yang menderita ini...Bilakah kita akan kembali kesana lagi..betapa aku begitu rindu.........rindu yang tidak pernah terpenuhi.......
Life is a journey...
"LIFE IS A JOURNEY NOT A DESTINATION' Buat mereka-mereka yang mengerti..bahawa hidup ini bukan sekadar hanya untuk SEKALI ini sahaja...ianya hanyalah satu persinggahan,bagai musafir yang tumpang lalu mencari sedikit ketenangan dan mencari seteguk air yang bening buat melepas dahaga...di bawah pohon yang rendang...Namun berhati-hatilah dari seteguk air yang kamu minum....mungkin sahaja itulah racun dari segala SETANGGI dunia .......